Dream what you want to dream, go where you want to go, be what you want to be. Because you have only one life and one chance to do all the things you want to do.
RSS

Sunday, November 15, 2009

2012~pengakhiran dunia...??????


ari ni nak citer ckit psal cter 2012...tentu ramai yang dah tengok filem 2012 o pnah dgar tentang filem ni kan...actually produser filem ni wat story ni pun berdasarkan kepercayaan n ramalan kaum mayan...


sape 2 kaum mayan...?????..kaum Mayan merupakan satu komuniti yg hidup d selatan mexico dan utara amerika tengah...tamadun mereka bermula sekitar 4000 tahun dahulu dan amat terkenal dlm bidang astronomi, seni bina, kejuruteraan, seni serta math...sehingga ke hari ini, keturunan drpd kaum maya masih lagi hidup dan mengamalkan bdaya yg telah mereka warisi sejak ribuan tahun itu.


kaum mayan mempunyai kemahiran dalam matematik dan memahami tentang formula zero long sebelum dipelajari oleh masyarakat2 timur seluruh dunia pada masa kini...berdasarkan pemahaman serta pengkajian mereka terhadap astronomi dan nombor ini, maka wujudlah kalendar mayan yang mengikut formula perkiraan panjang dan pendek...jadi, kenapa kalendar ini menarik perhatian ramai pihak pada masa ini....???? ini krana, kalendar Mayan ini berakhir pada 21 Disember 2012 yang mana membuatkan ramai orang percaya pada tarikh berkenaan adalah detik kemusnahan dan pengakhiran tamadun manusia...seperti yang diketahui, ianya banyak mengganggu perasaan dan pemikiran orang ketika ini, maka banyaklah timbulnya teori-teori mengenai tarikh berkenaan, samada dalam bidang keagamaan mahupun saintifik.... 

2012
Pada tahun ini juga dipecayai berlaku gempa bumi besar,ombak mega tsunami dan juga pelanggaran antara Bumi dan Planet X...dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.
"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012....

gambaran kiamat dalam filem 2012...





apa agaknya yang akan anda lakukan seandainya perkara itu benar-benar terjadi...???..masa depan kita sudah pun diketahui.. dan perlu di ingat, semua itu adalah ramalan barat semata-mata...bagi kita umat Islam.. percaya pada Hari Kiamat merupakan rukun Iman yang k-5 dan kita wajib percaya pada suatu hari nanti dunia akan hancur lebur, rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati, kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan

Hadith :


Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: “Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?” Kami menjawab:”Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya”; Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat.” Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal, Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya’juj wa Ma’juj…

wallahualam...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: